Tuesday 21 October 2014

KUSSSS SEMANGAT...'KEANJINGAN' APAKAH INI??






Adusss...aku tepuk dahi, istighfar banyak-banyak..bukak Facebook, dalam tv, dalam surat khabar semua kisahnya tak lain tak bukan  Program 'I Want to touch a dog. Aku tak nak komen tentang isu atau program ni ...yang aku kesalkan ialah orang yang terlibat dalam program tu..

Hello...kitaorang masa sekolah dulu para ustaz dan ustazah dah pasak dalam kepala otak kami semua,hokey..

"Murid-murid, dengaq sini naa..anjing dan Khinzir (babi) merupakan 2 haiwan yang haram disentuh,dipegang..hatta air liuq dia ka, najis dia ka...asaikan 2 binatang ni aja,semua tak boleh..harammmm..."

Masa ni tak ada pulak kes-kes yang macam sekarang. Tetiba ada pulak yang cerdik pandai kata boleh pegang kalau dalam keadaan kering...Heiiiii...ni aku nak habaq kat korang naaa..ustaz dan ustazah aku kata haram, dalam otak aku dan kawan-kawan memang dah tak nak persoalkan lagi. Kot korang ada time aku belajar  dulu,pastu kau tanya pasal kering dengan basah kat ustaz (nescaya korang kena sepuk). Dah haram tu haram la...ada faham??? pasai apa ketegaq sangat ni?degil..

Kalau ada la yang kata zaman kami belajar dulu macam orang bodoh, angguk dan tak argue pada ustaz atau ustazah, hangpa silap besar la. Itu tanda kami pandai, pandai menghormati orang yang berilmu. Tak pandai tak jadi cikgu..(betapa kami hormat pada guru dan pendidik kami.)

Pasai apa jadi lagu ni sekarang? Bagi aku senang je.Sebab adanya individu yang rasa dia lebih pandai dari guru.Dah kau pegi tanya cikgu google kau kannn..kannn..? then, macam-macam ilmu, macam-macam cabang,  macam-macam pendapat yang kau dapat dari setat dan setazah jadian. Kau balik sekolah kau mula argue macam-macam dengan cikgu kau..macam kau hebat, walhal nak test cikgu kau semata-mata. Bila cikgu bertegas, akan adalah 'pendapat bernas' mak bapak', 'para cendiakawan jadian'  menyebut begini..

"Anak-anak sekarang sudah semakin bijak. Cikgu tak boleh suruh murid dengar sahaja macam zaman kita dulu"

Muahhaahaaa...sebab itu, zaman kita masalah gini takde Ngok....muuahhaahaa...sebab kita bodohkah??mmmuahhhaaahaaa...

Kesimpulan yang boleh aku nyatakan, JANGANLAH BERLUMBA-LUMBA MENGHALALKAN SESUATU YANG HARAM...sekian.


#Aku Nurrun Senyumje



Sunday 19 October 2014

KAWAN VS SAHABAT

                                     


Sambil aku syok makan pisang ni, aku teringat kat sahabat lama.(Sama jantina ekkk...) Alhamdulillah kami masih boleh berbual dan melawak walaupun dah dua tahun tak jumpa..Ni lah sahabat yang sebenar-benar sahabat. Waktu kami di perantauan kami saling membantu bukan dari material saja, bahkan tenaga dan buah fikiran..


Kawan aku pulak?? Memang la ramai...kawan gelak..kawan bergumbira.. kawan nak bergossip..kawan yang suka hilang pastu muncul balik, kawan yang konon-konon simpati tapi sebenarnya tepuk tangan kat belakang aku pun ada...(hampehhh, hak tuihh..)

Ada pulak kawan yang taknak jadi sahabat..ni spesis yang nak kau tadah telinga asik dengar problem dia, dia dan dia jer..asal jumpa, bukak mulut cite masalah dalam kain la,dalam kelambu la..(tak ke kau rasa kau dah jadi pakar sakit jiwa?)asik dengar cite berulang-ulang..

Bagi aku sahabat yang sebenar adalah yang boleh bertolak ansur.. faham bila waktu sahabatnya lapang, sedih atau gembira. Bukan hanya bertolak dan bukan pula asyik beransur.. 

Hmmmm..

#Aku,nurrunsenyumje

HAPPY BIRTHDAY



SELAMAT HARI JADI

Salam buat semua. Hari ini ada 3 perkara penting yang aku a.k.a Nurrun nak sampaikan. Korang nampak tak kek coklat tuuu? Siap ada buah strawberi hokehh...Aku memang suka makan berunsurkan coklat ni. Ada orang kata cepat muak..Tapi aku muak kalau takde coklat, boleh?? Mulut masing-masing.

1- Selamat hari ulangtahun buat semua warga Malaysia yang lahir pada tarikh 19 Oktober..    (semua tahun boleh daa..)

2- Selamat hari lahir untuk blog aku pada 19 Oktober (tahun ini daa..)

3- Selamat berhujung minggu...( tadaaa...)


#Aku Nurrun,Senyumje.